Thursday, 16 February 2017

Jawatan kosong Grafik Designer di IPOH, PERAK

Sesiapa berminat untuk bekerja sebagai pereka grafik di IPOH, PERAK.

JOM DATANG UNTUK SESI TEMUDUGA TERBUKA...

YANG BERPENGALAMAN DIUTAMAKAN...

GAJI BERDASARKAN PENGALAMAN...

TEMPAT: IP PRINTING M SDN BHD

ALAMAT: 3, JALAN TOKONG, 31650, IPOH, PERAK.

EMAIL: ipdesign99@gmail.com

TEL: 05 242 9657 / 016 207 6996

KEMASUKAN SEGERA

Tuesday, 14 February 2017

Rule 72

[ASB ke EMAS?]

RULES 72 - Rules 72 - RULES 72 - Rules 72*

Sekiranya kita simpan duit (katakanlan ASB ke apa ke..dan ambil 8% dividen)

Let say kita ada RM10k pada 2014
72➗8 = 9
In 9 years time baru duit 10k tadi akan double jadi 20k 😓

Sekiranya kita simpan emas (bernilai 10k, dan ambil kenaikan 15%)
72➗15 = approx. 5
In only 5 years time nilai emas 10k tadi akan double jadi 20k 😱

Anda nak cepat ke nak lambat❓❓

Org melayu kan semua nak cepat kan? 😏

Nak cepat kaya kan..
Simpanlah EMAS!✨✨

Anda boleh g👀gle RULES 72 ni.

Maka, jom simpan EMAS!😍

Tak mampu nak beli banyak², besar²... beli kecik².

Beli ☝gram ☝bulan.

Atau pun 1/4 dinar sebulan.

Atau pun ⬆ sikit...1 dinar sebulan.

Simple...

Tak perlu kumpul duit utk beli 10g terus.
Lambat.

Beli bulan²..
Pastu dah cukup 10 keping 1g, boleh tukar jadi 10g sekeping 😊

☝gram ☝bulan ☝keluarga

Monday, 13 February 2017

Berita Emas TV3

MHI TV3 14/02/17 JAM 7 PAGI

KRISIS vs PELUANG

Topik hangat membincangkan krisis ekonomi Malaysia hari ini
Tetamu jemputan pakar perundingan kewangan Tn Asri Ahmad

Beliau sarankan jangan terlalu melihat kepada masalah ekonomi ini
sebab yang datang masalah juga

Orang yang positif akan mengambil PELUANG dari masalah ekonomi ini dgn melihat dr sudut POSITIF

Krisis akan menghasilkan keuntungan yg luar biasa bila kita lihat PELUANG yang datang lebih MURAH dari biasa.

Tambahkan ilmu ....cari PELUANG apa yg terbaik pd masa sekarang.
Jika orang tanya waktu paling terbaik utk SHOPPING bila ?
Sudah tentu kita jawab waktu "SALE"

Rebut peluang yg ade dlm Malaysia yang besar ini ...apa dia ?
Tunggu saatnya akan tiba...ingat lagi ape kata DR Azizan

Hartanah
Saham
Emas

Untuk melabur mesti ade ilmu. Bukan melabur pada skim 4D
Dapat Duit Duduk Diam 😬😬😬

JOM SIMPAN EMAS 💖💖💖
ANDA KAYA & BERJAYA 💞💞💞

Sunday, 12 February 2017

Jom Kira Harga

Cara nak tau berapa harga emas per gram dgn tepat..sy kongsikan kpd anda. Sama2 share ilmu...

Seorang pembeli nk beli seutas rantai leher seberat 10gm...
Pembeli pergi ke 2 buah kedai dan tgk hrga emas tanpa melihat secara keseluruhan total harga yg perlu dibayar pada akhirnya.
Kedai A rm182/gm & kedai B rm170/gm. Jadi pembeli assume harga kedai A adalah mahal. So pembeli pun membeli dr kedai B..padahal ini adalah kiraan dr kedua2 kedai yg sebenar.

Kedai A.
Harga emas - rm182/gm
Upah - tiada
Gst - tiada

Kedai B
Harga emas rm - 170/gm
Upah - rm180 seutas
Gst - 6% dr total hrga emas & upah

Setelah membayar pada kedai B pembeli masih belum sedar nilai pergram sebenar hrga emas yg dibayar sb masih berpendapat kedai B murah...so sy tunjukkan pengiraan nya skrg...

Total kedai A utk 10gm emas sebenarnya adalah rm182 x 10 = 1820 kerana tidak mengenakan upah & gst...

Total yang dibayar pembeli setelah membeli dr kedai B adalah
Harga emas - rm170 x 10 = rm1700
Upah = rm180
Gst = 6% drpd (rm1700 + 180) = rm112.80

Jumlah = 1700 + 180 + 112.80
              = rm1992.80 @ rm199.28/gm

Jd penjimatan sebanyak rm172.80 sekiranya membeli dr kedai A...ini baru brg kemas seberat 10gm....

Kesimpulannya..jgn hanya melihat kpd harga emas shj..tp sblm membeli tanya dulu tentang upah & charge gst sekali...ada atau tidak...so selamat mencuba...

Saturday, 11 February 2017

Nak share tips dari pengalaman simpan emas

Assalamualaikum...

Jika kita join ahli hanya utk saving emas..konsisten beli tiap2 bulan @ tak beli tiap2 bulan sekalipun x apa.. *konsep saving utk diri sendiri tak perlu "cari orang"*. Kita join ahli..kita beli..kita simpan sendiri sebanyak mana emas sekalipun..duk diam2..tak ada sapa pun tahu kita saving emas..✅✅✅

Jika kita join ahli nak cuba buat biz emas..nak cari side income..part tu perlu lah berurusan dengan orang @ manusia yer..sebab kita ada produk..produk utk dijual perlukan orang yang membeli. *Ini dinamakan trading*. Tapi jika tak nak jual just simpan sendiri jerk..emas tak rosak & tak expired pun..kita simpan kita kaya..itu jerk..✅✅✅

*Last konsep iaitu networking*..jika join ahli & anda sgt2 minat dengan bonus2 networking & nak buat income..
Iyer..networking juga perlukan orang utk join ahli tanpa paksaan & kita layak dpt bonus yang syarikat sediakan..
Tapi kalau rasa usaha utk "cari orang" itu susah..nasihat saya jgn buat jika kita tak suka buat..
Tak ada sapa yang akn marah jika kita tak buat..✅✅✅

Tapiii..semua di atas saya akan buat sampai jadi... *MISI BEBAS HUTANG* 😄

Kerja MUDAH🙋
1⃣- Join Ahli/stokis powergold
2⃣- TUJUAN untuk dapatkan harga emas terendah & kelebihan sebagai member🌿🌿
3⃣- Beli emas 1gram 1bulan @ barang kemas 916. Ikut kemampuan. Tak beli pon tak pe. Tak ada maintain beli emas bulan2. Keahlian tak hilang. Kekal seumur hidup😄
4⃣- Share KELEBIHAN perniagaan EMAS nie kepada sesape ja 👥👤👥
5⃣-Bila kita PROMOTE pada orang lain....
⭕Bila mereka JOIN, kita DIBAYAR
⭕Bila mereka BELI EMAS, kita DIBAYAR
⭕Bila kita JUAL EMAS, kita dapat  UNTUNG RUNCIT + BONUS
⭕Bila mereka PROMOTE kat org lain & org tu JOIN, kita DIBAYAR
⭕Bila kita sendiri BELI EMAS, pun kita DIBAYAR

That's it...
Mudah kan
Modal sekali ja, tapi awk UNTUNG sampai bila2😍. Perniagaan kita online. Pendapatan diwarisi. 
Janji ada data & HP📱
Bereh bohh... 😀

Sunday, 5 February 2017

EMAS SEBAGAI ASET BEBAS

Hussaini Ibrahim:

KUALA LUMPUR: Pelabur institusi perlu mempertimbangkan emas fizikal sebagai portfolio pelbagai aset, berbanding ekuiti dan bon kerajaan, menurut Aberdeen Asset Management Asia Ltd.

Pengarahnya, Donald Amstad, berkata sekarang emas telah terbukti mampu menjadi aset bebas risiko yang baharu.

"Bon kerajaan tidak lagi dianggap sebagai aset bebas risiko selepas beberapa siri ketidaktentuan global pada ketika ini.

"Ada beberapa risiko di Eropah, termasuk Brexit, ditambah dengan pilihan raya umum yang akan datang di England, Perancis dan Jerman. China juga akan berhadapan dengan pertukaran pucuk kepimpinan di China menjelang November.

Dengan senario ini, pelabur perlu mempelbagaikan portfolio mereka.

"(Dengan itu), saya tidak mahu sekadar memasukkan saham dan bon, saya akan melibatkan emas fizikal sebagai sebahagian daripada portfolio yang seimbang," katanya kepada pemberita semasa Forum Dana Antarabangsa 2017, di sini, hari ini.

Katanya, harga emas menjadi tidak stabil dari segi harga AS dolar selepas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), tetapi ia mula pulih dalam tempoh beberapa minggu.

"Ia adalah jenis aset yang anda mesti beli, menyimpannya dan berharap bahawa anda tidak akan memerlukannya. Pegangan emas adalah sama seperti anda membeli polisi insurans," katanya.

Sejarah telah membuktikan bahawa sistem wang kertas boleh gagal tetapi tidak komoditi seperti emas, kata Amstad. Katanya, logam berharga itu naik kira-kira 98 peratus berbanding dolar AS sejak 1970. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/233837

NAK BELAJAR SAHAM?

Alhamdulillah...
Di Powergold.. Anda bukan sahaja mendaftar jadi ahli..

Untuk buat simpanan emas,
Untuk trading emas,
Untuk jadi usahawan emas...

Tetapi..
Anda diajar ilmu.. Macam macam..

Dari ilmu emasnya..
Dengan ilmu pajak gadainya..
Dengan ilmu nak beli surat pajaknya..
Cara nak beli rumah dengan
fungsikan emasnya..

Cara nak bayar installment kereta
dengan fungsikan emasnya..
Cara nak pergi bercuti setiap tahun dengan fungsikan emasnya..

Kini yang terbaru...
Kami ahli ahli powergold..
Berpeluang belajar ilmu saham dengan mengfungsikan emas..!! 💪😄

Bukan saham tora !!
Bukan saham pakman telo !!
Bukan saham saham penipu !! 😆

Ilmu saham yang akan
diajar adalah ilmu saham
yang ada di BSKL..
yang diizinkan oleh kerajaan. 😉

Ambil ilmu dulu..
Macammana nak meneroka
Saham saham yang terdapat
di BSKL.

SEMINAR NI DIBUKA KEPADA AHLI AHLI POWERGOLD. 🙋

Jika Anda Inginkan Ilmu..
EMAS ?
PAJAKGADAI  ?
SURAT PAJAK  ?
TERKINI... ILMU SAHAM ?

JOM MENDAFTAR SEBAGAI
AHLI POWERGOLD..
Dan Nikmati Kemudahan Ilmu Yang Ditawarkan Di Powergold.. 😍

Linamael tidak memaksa anda...
Anda boleh fikir dan buat keputusan sendiri..

Linamael hanya berkongsi info.. ☺

Anda boleh pilih pakej apa
yang anda mampu.. 👉

1. Gold - Rm299
(Percuma Beauty Juice)

2. Gold - Rm380
(Percuma emas 0.5gm)

3. Solid Gold - Rm450
(Percuma emas 1gm)

4. Super Powergold - Rm3800
(Percuma emas 5gm)

5. Super Powergold - Rm4500
(Percuma emas 10gm)

Jom..simpan..emas

#savingforyourfuture

CARA MENYELESAIKAN HUTANG PTPTN DGN EMAS.

Hai semua...
Lina nak share cara manipulasikan emas...

Hutang Ptptn rm150/bulan
Kita Guna 16g dlm stok kita...

Cara terbaik...???

Cdgn saya:
Beli emas...pajak...arrahnu...bayar lump sum 1thun di PTPN..bulan2 byr ar rahnu..6bulan...
Blh cover PTPTN scara stahun...

Slesai 6bulan..ar rahnu...ULANGI step di atas...

📝📝📝

📲 Andaikan...
Bulanan hutang PTPTN = RM150/bulan

📲 Cari nilai pajakan di Ar Rahnu
RM150 X 12 = RM1800

📲 Kira Upah slama 6bulan
RM1800 x 1.5% = RM27
RM27 x 6bulan = RM162

📲 Jumlah pajakan akn dibuat kelak...
RM1800+ RM162= RM1962

📲 Jadi...
📝📝📝 Kita pajak emas dalam stok kita...kurg lebh 16g...
Hasil pajakan emasnya..berjumlah RM1980...

📲 Andaikn...
Ar rahnu kasi...
165/g emas999
75% pinjaman...

So..total gram yg perlu dipajak = 16g...

📲 Pengiraan utk dptkn GRAM EMAS bakal dipajak...

165/g x 75% = Rm123.75
Rm123.75 x 16g = RM1980

📲 jadi...
Slps kita pajak 16g td...
Kita dpt RM1980..kn?kn?kn?

.......

📲 Kita pecah kn kpd 2 "sampul"...

1⃣ Sampul 1...
RM150 X 6bulan x 2 (utk setahun) = RM1800...

2⃣ SAMPUL 2...
RM27 X 6bulan = RM 162...

Sampul 1...byar trus kpd PTPTN...

Sampul 2...adalah upah smpan slama 6bulan...jadi nati kita just byr ansuran pd ar rahnu bsama upah...😊😊😊

📲 RM1800/6 = Rm300

📲 RM300 + RM27 = RM327..dibayar kpd Ar Rahnu slama 6bulan...

So...
Step seterus nya...
Kita SUDAH TAK PERLU BAYAR PTPTN slama 1 Tahun kan...???

TETAPI...
Apa yg perlu kita buat..adalah..kita hanya perlu MENEBUS EMAS kita tadi..d Ar Rahnu...sbyk 16g tu....

Faham...?

✅✅✅ Slesai 6bulan..ulangi perkara yg sma... = hutang PTPTN slama 1 tahun...

📲 buat lg 6 bulan...hutang PTPTN dbyr utk lg 1 thun...

📲 Jadi...stahun ar rahnu...hutang PTPTN utk slesai utk 2 thun...

Betui x?

Faham ke faham?😀
Nak tahu lebih detail jom wasap2

#savingforyourfuture

KENAPA TUKAR TUNAI KEPADA EMAS LEBIH BAGUS?

Assalamualaikum...

Hari ini seorang kawan bertanya pada saya, apa kelebihan tukar RM kepada emas pada zaman kemelesetan ekonomi ni?

Saya katakan, RM ini berkait rapat dengan USD. Makin tinggi nilai USD berbanding RM, makin lemah pula nilai RM. Makin lemah bermakna makin hilang kuasa beli. Sebab itu kita terkesan dengan kenaikan harga barang. Kita tiada daya dan kuasa untuk membelinya dengan kemerosotan nilai duit yang kita ada.

Harga emas begitu juga. Ia berkait langsung dengan nilai USD dan RM. Makin merosot nilai RM berbanding USD, makin mahal pula harga emas. Makin mahal harga emas, maksudnya kalau kita ada emas, makin tinggi nilai kekayaan yang kita ada.

Ini kerana emas diikat dengan berat, bukan diikat dengan nilai. Orang yang menyimpan duit tunai asyik risau dengan kejatuhan nilai duit tunai.

Orang yang simpan emas, tak akan risau dengan kejatuhan nilai duit tunai. Sebab, makin jatuh nilai duit tunai, makin mahal pula nilai emas yang disimpannya. Makin mahal nilai emasnya, makin kaya la dia jawabnya!

Lina sharing ya dri sifu2...

Saturday, 21 January 2017

Isu PATUH SYARIAH ATAU TIDAK???

✅ SOAL HUKUM 🚫

1⃣

📝PANDUAN 'MLM' PATUH SYARIAH ✅ 👳🏼

Blh baca panduan MLM patuh syariah yg dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin n JAKIM

Since

Kita ada produk yg jelas
Kita x buat jualan emas secara tangguh
Kita x buat pelaburan emas
Even company xdak janjikan dividen @ keuntungan setiap bulan
Mmg bukan skim piramid @ cepat kaya @ skim 4D

Kita ada bonus yg jelas mengikut usaha... x usaha x dpt apa.. satu2 ada dlm statement dr mana bonus kita dpt

Mmg takdak keuntungan ATAS ANGIN

Harga brg yg dijual tidak terlalu mahal (antara syarat MLM patuh syariah).. malah jd powergold ni blh dpt emas lg murah.

Ada lg beberapa syarat MLM patuh syariah yg lain

Blh kaji sendiri sblm kita nk judge org @ sesuatu

Kalau JAKIM n ustaz zaharuddin pun dh keluarkan garis panduan MLM yg patuh syariah, kenapa kita nk skeptikal pd MLM? Kalau ya pun MLM.

Sekali lg sy tekankan konsep POWERGOLD ni 3 in 1

Simpanan
Trading
Networking

TAK ADA PAKSAAN untuk buat bisnes atau networking

Oh ya satu nk bgtau,

Powergold ni lgsung xdak paksa maintain, xdak minimum purchase setiap bulan. Ni pun antara syarat MLM patuh syariah. Tak ada bebanan langsung untuk ahli.

So kita pun blh fikir.

Bonus networking dibayar oleh company ats dasar kita memperkenalkan Powergold ni pd org lain.. tu ja.

Kalau kata takut sgt dgn MLM... jd ahli utk simpan sendiri je la...

ataupun buat TRADING... mmg xda kaitan dgn marketing plan... x yah tahu marketing plan pun takpa.

Kalau kata ada kwn2 nk register dgn kita @ nk jd ahli jgk... blh pass pd org lain yg dh jd ahli.
TAK ADA PAKSAAN.
mmg takdak kna cari org ka apa... saya pn just share info emas, then org yg cari saya sbb mna boleh paksa kn 😌

Peluang dh ada depan mata, boleh buat pilihan sendiri 😘

So saya dh jelaskan. Selebihnya terpulang 😊

2⃣

✏ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL??📕👳🏼

Secara asasnya.. Jual beli emas hendaklah secara on the spot Sesuai dengan Hadis Nabi SAW.. Dengan kata lain Emas itu menjadi milik si pembeli sebaik sahaja. bayaran dilakukan..

Islam Is The Only Way Of Life.. Pasti ada jalan penyelesaian..

Hukum Fiqh menerima dua kaedah pemilikan..

1. قبض حقيقي :
                     (Pemilikan Hakiki)

2. قبض حكمي. 
                     (Pemilikan Hukmi)

Pemilikan Hakiki- Kita dapat lihat barang yg dibeli tu didepan mata kita dan dapat disentuh dan dipegang dengan tangan.. Ia bertukar tangan sebaik bayaran dilakukan.

Pemilikan Hukmi- Barang yang kita beli tu ada di tempat lain.. ia sudah menjadi milik kita sebaik bayaran dilakukan.. Cuma perlukan masa beberapa hari untuk proses penghantaran kerana tempat yang jauh dan sebagainya..

Rujukan :

١) الوسيط للإمام الغزالي
جزء : ٣
صفحة : ٧٣

٢) الدورة الثامنة عشرة للجمع الفقهي الإسلامي
موضوع : "تجارة الهاشمي"
صفحة : ٢٥- ٢٨
                                                &
٣) مجلس الفتوى الأعلى القدس الشريف - فلسطين
الرقم : ٩١/٢٠٠٥/٥
التاريخ : ٠٥ جمادي الأولى ١٤٢٦هجري
الموافق : 12/06/2005
من قرارات مجلس الفتوى الأعلى 3/52
الموضوع : حكم العمل في بورصة العملات العالمية

Jadi.. Dlm Powergold.. Emas yg kita beli tu sudah menjadi milik si pembeli on the spot iaitulah pemilikan hukmi sebaik sahaja bayaran dilakukan.. Manakala ia menjadi pemilikan hakiki, apabila emas tersebut sampai ke tangan pembeli setelah melalui  beberapa hari untuk proses penghantaran..

JANGAN SKIP ❗

SHARING...
PENJELASAN USTAZ UBAI MENGENAI ISU AKAD JUAL BELI EMAS..
USTAZ UBAI: Baru hari ni saya perasan dgn jelas bahawa selama ni ahli kita ni suka copypaste tapi mereka x memahami apa yang mereka copy paste.....
Just send tanpa ada pemahaman....Macam isu jual beli online ni...Hari ni dah jawab...Minggu depan ada lagi soalan sama tanya lagi....sedangkan jawapan sama jer....

Kalau ada soalan ni lagi
Mungkin merujuk kepada masalah👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼

Akad hendaklah berlaku dgn jelas.....Sekiranya ahli sudah membuat pembayaran maka Master Stokis hendaklah segera menjawab atau membalas penerimaan pembayaran tersebut....Sekiranya semasa
tempoh pembayaran itu di buat tiada lagi akad penerimaan tiba2 harga turun makan penjual wajib memulangkan baki mengikut harga penurunan tersebut....Sekiranya harga naik penjual x boleh meminta penambahan harga.....Dua masalah akan menyebabkan berlakunya riba annasiah.....

Mungkin ini masalah yang cuba dibangkit Ust.Zaharudin.....

Masalah kedua mungkin berlaku pada kaedah Taqabuth....Yakni pelanggaran penyerahan langsung barang emas itu sendiri....Oleh kerana ahli atau stokis adalah agen secara dropship maka apabila membuat tempahan tiada barang di HQ atau master stokis dan HQ atau master stokis x maklumkan ketiadaan stok....Maka kesilapan ini jatuh kepada riba annasiah...
Masalah lain pula ialah penyerah resit di buat tetapi dgn sengaja melewatkan penghantaran atau penyerahan....atau ada ahli nak COD di dahulukan COD sedang sebelum itu dah tempahan berbayar yang belum di selesaikan juga berlaku riba annasiah

Isu hari ni sebenarnya kurang penjelasan dan pemahaman....Dalil dan hujjah pengharaman kena ada....apa hujjahnya??Jika diungkit dalam bab penyerahan kan kita dah tau ada dua kaedah:-1)Qabadh Hakiki
             :-2)Qabadh Hukmi
Jadi nak takut apa lagi....Kaedah ini dalam majlis fatwa pun....

Pasal tu apabila timbul isu yang di bangkitkan kita fahami dahulu....Baru kita dapat jawab dgn tenang dan yakin....
Kalau di ungkit bab akad kan dah di jelaskan Akad sighah dan akad wakalah....Jadi kita boleh jawab dgn tenang...sambil senyum jer

1-Syarat akad dalam jual beli emas boleh melalui telekomunikasi moden seperti whassap,wechat,instigram dan twitter....Dengan syarat juga berlaku taqabuth yakni penyerahan duit secara lani dan penyerahan emas secara Lani.....

2-Taqabuth ada dua kaedah:-
a-Qabadh Hakiki -ini adalah penyerahan fizikal atau secara langsung dalam satu majlis setelah bayaran di bayaran tanpa ada sebarang penangguhan...

b-Qabadh Hukmi-Menyerahkan bukti proses penyerahan sedang berlaku seperti pemberian resit mengisyaratkan bahawa emas gold bar,dinar apa jenis produk emas 999.9 atau emas 10 dalam proses penghantara samada COD atau kaedah lain....
Tracking pos juga hendaklah di beri pada pembeli tanpa penangguhan....

Hari ni 75 orng saya nak kena jawab satu persatu...
Kalau ada kata haram beli emas secara online...Minta hujah haram tu....Kalau dari segi akad....Saya dah jelaskan dan kalau dari segi penyerahan pun dah ada....

Nak kukuh lagi buka fatwa negeri kelantan
print pastu laminate

Masalah COD tu agaknya dah ada jawapan x kalau ikut pada penerangan di atas?...

Dalam jual beli emas x boleh tangguh pembayaran
ini pendapat majoriti
COD ni x de masalah kalau kita buat akad wakalah.

Semoga mendapat ilnu yang bermanfaat ye...
Ni pun lina dapat dri sharing2 di whatsapp...

Syukur ada insan yang sudi bertanya hal ini kepada Lina...

Wednesday, 18 January 2017

POWERGOLD.BIZ SDN BHD BLACKLISTED




Related image

CATATAN 9 OGOS 2016:

Katanya POWERGOLD.BIZ SDN BHD BLACKLISTED DENGAN BANK NEGARA MALAYSIA(BNM) , BETUL KE?

     Sedara sedari sekalian, tak yah bazir emosi, ni nak habaq, jangan cepat melatah ya.

     Saya nampak ramai yang share senarai nama syarikat yang sudah BLACKLISTED OLEH BANK NEGARA MALAYSIA(BNM) katanya. Bestkan share post dan declare mcm mcm tanpa ada pengetahuan.Hihi gitulah clichΓ© rakyat Malaysia. Ni nak share, tak sat tadi saya sendiri call BNM dan saya bercakap dan dengar sendiri daripada Puan Ramizah (1-300-88-5465).


       Untuk makluman, Pengilang AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD dan anak syarikat pembekal emas POWERGOLD.BIZ tidaklah disenarai hitam sebab senarai yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah SENARAI MAKLUMAN kepada org ramai mengenai jenis-jenis perniagaan yang tidak perlu didaftar di bawah BNM. Pengilang AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD dan anak syarikat pembekal emas POWERGOLD.BIZ adalah di dalam kategori UNLICENSED ACTIVITIES dimana jelas sekali tidak perlu didaftarkan atau lesen di bawah BNM. Senarai yang dikeluarkan itu sebenarnya ialah LIST BERJAGA-JAGA daripada BNM kerana ramai yg telah memanipulasi mengatakan “OH SYARIKAT KITA MMG DAH DAFTAR DAN ADA LESEN DENGAN BNM”. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama BNM bagi tujuan kepentingan sendiri. Sehubungan itu, bg mengemukakan penjelasan dari pihak BNM maka dengan itu, keluarlah senarai syarikat yang tidak perlu daftar atau lesen dgn BNM itu. Faham? Tu bukan senarai BLACKLISTED ye.


      Untuk makluman juga, syarikat emas yang menjalankan perniagaan emas tak perlu didaftarkan atau ada lesen di bawah BNM cukup didaftar dan berlesenkan di bawah agensi contohnya seperti Securities Commission (SC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Secara logiknya, syarikat emas yang ada kat Mall tu takde pun daftar atau ada lesen dengan BNM. Pembekal emas POWERGOLD.BIZ ni bukan syarikat Pelaburan ya yang perlu didaftarkan dan lesen dengan BNM.



      Info tambahan, andai kata jika mana mana syarikat menjanjikan sebarang dividen terhadap emas yang dikatakan atau dalam erti kata lain menjanjikan bulan dan bintang,  pihak BNM mengakui, terlalu byk procedure yang perlu dilalui antaranya, penutupan website yang akan dilakukan oleh SKMM, ambush ke anak syarikat pembekal emas dan beberapa lagi procedure. Di POWERGOLD.BIZ beli emas dapat emas ya, bonus ahli yg diperkatakan itu adalah hadiah drpd syarikat kerana menyimpan dan memperkenalkan. Tiada istilah bulan dan bintang. Itu adalah antara perbualan antara saya dan Puan Ramizah BNM.

     Untuk mendapatkan kenyataan secara bertulis mengenai senarai makluman tersebut, bolehlah emel kepada bnmtelelink@bnm.gov.my ATAU surat melalui:

Pengarah
Jabatan Link & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato Onn,
50480 Kuala Lumpur.

*Pejabat/cawangan Ar rahnu yang berkaitan boleh dah kot nak update syarikat yang diterima utk pajakan.
Sekian perkongsian. HAVE A NICE DAY. -nadiatulzahrah fb

KALAU POWERGOLD TUTUP KEDAI


Image result for POWERGOLD

Emas yang Powergold jual ni memang tulen, let say kalau bankrap sekalipun... Emas yang cust beli dapat kat dwrg. Cust mmg TAK RUGI satu sen pun.

Next. powergold ni ada macam2 pakej utk bantu org buat bisnes mahupun simpanan. menggunakan konsep saving/trading/networking. Siapa usaha, dia yang berjaya... Jadi networking tu in sha Allah sentiasa berkembang.

Bos kita sendri nak didik kita utk jadi pembayar zakat. In sha Allah... Kita buat sesuatu tu ada matlamat. Kalau niat kita ikhlas, Allah akan ada selalu dengan kita, bantu kita.

Lagi pun, Powergold ni ada tabung amal. Di mana usaha ni akan berterusan hingga ke generasi kita yang seterusnya... Mana mungkin usaha kebaikan ini STOP macam ni jew. IN SHA ALLAH...
Kita kan sama sama berusaha untuk berniaga.

Berniaga kan salah satu sunnah nabi kitaLina harap ini bukanlah isu sensitif yang menyentuh mana mna pihak ye.

Sekadar pandangan seorang yang masih mencedok ilmu dunia disamping akhirat...


Tuesday, 17 January 2017

WELCOME NEW MEMBERS

Okay...
Salam sejahtera semua...
Saya lina...



Group ni kebnyakan nya adalah prospek...

Sesiapa yang minat, ada hati atau terlintas di fikiran untuk tahu pasal emas...

Di alu alukan dalam group ni...

In sha Allah...
Anda boleh tanya apa2 soalan mengenai emas khususnya...

Dalam ni juga terdiri dripada beberapa Admin yang merupakan sifu2 lina yg hebat2 belaka...

Jadi...
Kami berbesar hati untuk kongsi ilmu...

Kami berbesar hati untuk buat anda semua celik akan kepentingan serta keistimewaan EMAS...

TUJUAN UTAMA...
Lina create group ni utk anda golongan remaja khususnya...

Jangan membazir wang anda dngan berjoli atau beli benda2 tak dtg manfaat...

Selagi kita boleh jimat, simpan duit tu...

Ekonomi kita dah laa x berapa nak sihat... Demam, batuk, gaut, semua ada....

Soo...
Lina nak ajak kita tukar duit dengan emas...

Lina tak kisah anda nak beli emas dengan sesiapa, dimana dan macam mna...

Yang lina nak adalah...
Ramai sedar bahawa emas tu aset MAMPU MILIK...

DAN DI POWERGOLD...
kami ada aset itu serendah 0.5 GRAM....

JOm kita sebarkan AURA EMAS.

Kalau masa lina study dulu lina tahu emas tu aset...
Tak delah lina membazir beli kasut berstock2...

Last2 semua kasut bagi org dan dok dalam stor...

😏😏😏😏😏😏😏

Kalau emas lah yang dibeli...
Anda rasa?

Jom renung2 kan...

Selamat datang kepada semua ahli baharu....

Jom kita buat kempen...

Kalau ada nak tanya... Yes, you're WELCOME...



Sila like page lina:

IG: https://www.instagram.com/linamael_richgold/




FB: https://www.facebook.com/pg/linamaelrichgold/



Wechat: linamael_richgold




JOM JUGAK BERKEMPEN PEGANG EMAS...

Bila dah pegang baru masyarakat tahu...

Bila tahu...
Baru dapat sebarkan aura emas tu...

Snap gambar prospek pegang emas atau sesiapa sahaja...

Tag org tersebut kat fb...
So...
Friends mereka akan tertnya tnya...
Apa tu...

Dari situ kita boleh cerita...

#savingforyourfuture
#letstouchgold

Sunday, 15 January 2017

KELEBIHAN EMAS

Saya kenalkan diri, nama Nur Amalina Binti Ismail
org pnggil Lina@linamael


Lina dah start join powergold ni sejak november 2015. Selepas setahun bersama powergold sebagai ahli pasif yng tak buat apa2. Baru baru ini Lina tergerak hati untuk buat networking. Jadi, Lina start buat wechat, insta, fb page dan blog.

Tujuan Lina satu jew. Nak kawan2 Lina sedar akan kepentingan dan keistimewaan emas. Dulu masa Lina belajar, Lina dpt elaun mara sebulan RM450. Duit tu Lina buat shopping kasut dan mcm2 lagi. At the end, kasut2 Lina yg diistihar buruk tu, Lina kasi org dan selebihnya buang. Tak membazir ke? Lina beli kasut paling kurang 2 bulan sekali. Sngt membazir.

Masa tuu Lina tak tahu apa yang dimaksudkan dengan aset. Tak kisah lah sama ada dari segi rumah tanah atau emas. Bila Lina dah habis belajar diploma, dah masuk alam pekerjaan. Baru Lina didedahkan dengan semua ini. Rasa menyesal mula menular dalam diri. Kenapa dulu Lina tak tahu?

Kenapa dulu x ada langsung org nak terangkan kat Linau akan kepentingan emas. Mungkin Lina pun jenis tak campur masyrakat kot. Salah Linau laa jugak, tak baik salahkan org lain. Jadi Lina mula bersemngat utk beri kesedaran pada golongan muda khususnya. Supaya masing2 celik masa depan.

7 Kelebihan Emas Fizikal

Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:

1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

     Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu.

     Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.

     Duit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.

2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

     Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.

     Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.

3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

   Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.

     Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang.

     Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.

     Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

     Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.



5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank

     Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya.

     Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

6 – Selamat Dari Bencana Kewangan

    Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi olehPerbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan.

Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.

7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

     Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal.

     Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.

INFO COPY: http://mrtengkuasmadi.com/kelebihan-emas-fizikal/

Saturday, 14 January 2017

INTRO

Alhamdulillah, mula berkecimpung dalam bidang emas bersama Powergold pada hari Sabtu, 07 November 2015. Sepanjang tempoh menjadi ahli ni, Lina banyak belajar akan kepentingan emas serta keistimewaannya. Selepas setahun menjadi ahli pasif, baru baru ini Lina tergerak hati untuk menarik perhatian masyarakat bagi memupuk kesedaran tentang emas. Ini adalah kata kata pendahuluan untuk blog yang lina baru lancarkan hari ini. In sha Allah, Lina akan cuba kongsi lebih banyak cerita dan perjalanan hidup Lina bersama Powergold.

1 gram, 1 bulan, 1 keluarga
#savingforyourfuture