Sunday, 15 January 2017

KELEBIHAN EMAS

Saya kenalkan diri, nama Nur Amalina Binti Ismail
org pnggil Lina@linamael


Lina dah start join powergold ni sejak november 2015. Selepas setahun bersama powergold sebagai ahli pasif yng tak buat apa2. Baru baru ini Lina tergerak hati untuk buat networking. Jadi, Lina start buat wechat, insta, fb page dan blog.

Tujuan Lina satu jew. Nak kawan2 Lina sedar akan kepentingan dan keistimewaan emas. Dulu masa Lina belajar, Lina dpt elaun mara sebulan RM450. Duit tu Lina buat shopping kasut dan mcm2 lagi. At the end, kasut2 Lina yg diistihar buruk tu, Lina kasi org dan selebihnya buang. Tak membazir ke? Lina beli kasut paling kurang 2 bulan sekali. Sngt membazir.

Masa tuu Lina tak tahu apa yang dimaksudkan dengan aset. Tak kisah lah sama ada dari segi rumah tanah atau emas. Bila Lina dah habis belajar diploma, dah masuk alam pekerjaan. Baru Lina didedahkan dengan semua ini. Rasa menyesal mula menular dalam diri. Kenapa dulu Lina tak tahu?

Kenapa dulu x ada langsung org nak terangkan kat Linau akan kepentingan emas. Mungkin Lina pun jenis tak campur masyrakat kot. Salah Linau laa jugak, tak baik salahkan org lain. Jadi Lina mula bersemngat utk beri kesedaran pada golongan muda khususnya. Supaya masing2 celik masa depan.

7 Kelebihan Emas Fizikal

Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:

1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

     Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu.

     Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.

     Duit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.

2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

     Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.

     Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.

3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

   Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.

     Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang.

     Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.

     Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

     Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.



5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank

     Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya.

     Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

6 – Selamat Dari Bencana Kewangan

    Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi olehPerbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan.

Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.

7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

     Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal.

     Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.

INFO COPY: http://mrtengkuasmadi.com/kelebihan-emas-fizikal/

No comments:

Post a Comment