Assalamualaikum...
Hari ini seorang kawan bertanya pada saya, apa kelebihan tukar RM kepada emas pada zaman kemelesetan ekonomi ni?
Saya katakan, RM ini berkait rapat dengan USD. Makin tinggi nilai USD berbanding RM, makin lemah pula nilai RM. Makin lemah bermakna makin hilang kuasa beli. Sebab itu kita terkesan dengan kenaikan harga barang. Kita tiada daya dan kuasa untuk membelinya dengan kemerosotan nilai duit yang kita ada.
Harga emas begitu juga. Ia berkait langsung dengan nilai USD dan RM. Makin merosot nilai RM berbanding USD, makin mahal pula harga emas. Makin mahal harga emas, maksudnya kalau kita ada emas, makin tinggi nilai kekayaan yang kita ada.
Ini kerana emas diikat dengan berat, bukan diikat dengan nilai. Orang yang menyimpan duit tunai asyik risau dengan kejatuhan nilai duit tunai.
Orang yang simpan emas, tak akan risau dengan kejatuhan nilai duit tunai. Sebab, makin jatuh nilai duit tunai, makin mahal pula nilai emas yang disimpannya. Makin mahal nilai emasnya, makin kaya la dia jawabnya!
Lina sharing ya dri sifu2...
No comments:
Post a Comment