Hussaini Ibrahim:
KUALA LUMPUR: Pelabur institusi perlu mempertimbangkan emas fizikal sebagai portfolio pelbagai aset, berbanding ekuiti dan bon kerajaan, menurut Aberdeen Asset Management Asia Ltd.
Pengarahnya, Donald Amstad, berkata sekarang emas telah terbukti mampu menjadi aset bebas risiko yang baharu.
"Bon kerajaan tidak lagi dianggap sebagai aset bebas risiko selepas beberapa siri ketidaktentuan global pada ketika ini.
"Ada beberapa risiko di Eropah, termasuk Brexit, ditambah dengan pilihan raya umum yang akan datang di England, Perancis dan Jerman. China juga akan berhadapan dengan pertukaran pucuk kepimpinan di China menjelang November.
Dengan senario ini, pelabur perlu mempelbagaikan portfolio mereka.
"(Dengan itu), saya tidak mahu sekadar memasukkan saham dan bon, saya akan melibatkan emas fizikal sebagai sebahagian daripada portfolio yang seimbang," katanya kepada pemberita semasa Forum Dana Antarabangsa 2017, di sini, hari ini.
Katanya, harga emas menjadi tidak stabil dari segi harga AS dolar selepas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), tetapi ia mula pulih dalam tempoh beberapa minggu.
"Ia adalah jenis aset yang anda mesti beli, menyimpannya dan berharap bahawa anda tidak akan memerlukannya. Pegangan emas adalah sama seperti anda membeli polisi insurans," katanya.
Sejarah telah membuktikan bahawa sistem wang kertas boleh gagal tetapi tidak komoditi seperti emas, kata Amstad. Katanya, logam berharga itu naik kira-kira 98 peratus berbanding dolar AS sejak 1970. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/233837
No comments:
Post a Comment